Pentingnya DNA

Kami di kejutkan dengan berita bahawa abang K di masukkan ke hospital kerana serangan jantung,Siapa yang mampu percaya seorang lelaki yang aktif seperti abang K akan terkena serangan jantung pada usia seawal 40-an.Tanpa membuang masa kami terus menuju ke hospital.Abang K di tempatkan di dalam unit rawatan rapi jantung.

Suasana begitu syahdu sekali .Kami melihat isteri abang K yang bernama kak Jay beserta 6 orang anak mereka menunggu dengan wajah yang muram dan penuh kerisauan.Anak perempuan tunggal mereka Hani masih bengkak mata nya akibat menangis. Para doktor dan petugas hospital bergegas ke sana sini. Masing masing sibuk menjalankan tugas yang menjadi amanah mereka.Doktor yang bertugas memberitahu kami “Kami sudah melakukan yang terbaik,berdoalah  mudah mudahan dia selamat.”

Apabila serangan jantung berlaku tiada siapapun dapat melawan ketentuan ilahi. Perkara ini mengingatkan saya suatu kisah yang terjadi semasa saya masih lagi bergelar doktor pelatih.Pensyarah yang kami sayangi yang juga merupakan seorang pakar jantung mendapat serangan jantung pada suatu malam.Pada waktu itu kebetulan saya bertugas di bahagian kecemasan. Professor B ,pensyarah kami sempat memberi arahan ubat ubatan yang mana dia mahu kami suntik kepadanya. Dia juga berkata kepada saya, “Pada hari ini , ubat yang paling mujarab ialah belas kasihan dari allah jua”,jelas lah kepada saya walau sehebat mana pun ilmu manusia kita masih belum menemui ubat yang sebenar bagi sakit jantung. Apa yang kita ada tidak boleh menyembuh, ia hanya mampu mengurangkan kesakitan sahaja.

Kak Jay  berkata dia terkejut sekali kerana tidak menyangka abang K akan terkena penyakit jantung sebegini. Sebelum serangan berlaku abang K seperti biasa baru sahaja selesai berjogging. Jogging merupakan aktiviti harian yang sangat di sukai oleh abang K. Minggu lepas abang K baru pulang dari mendaki Gunung Kinabalu. Beliau sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan aktif. Mengapakah seseorang yang aktif dan sihat boleh terkena sakit jantung.?

Sakit jantung bukanlah berpunca dari masalah kolestrol semata mata. Ia boleh di anggap sebagai “multifactorial disorder”, iaitu satu penyakit yang boleh timbul dari pelbagai punca. Ertinya terdapat pelbagai faktor yang boleh mendatangkan kesan kepada jantung kita.

Cuba kita renungkan fakta ini. Apabila kita berada bersendirian dalam  hutan ,tiba tiba kita terlihat bayang seorang wanita berjalan. Jantung kita mula berasa berdebar debar. Ini bermakna  jantung kita berdegup laju di sebabkan stimulasi dari otak kita yang ketakutan. Apabila kita berlari laju , kita juga akan merasa sesak nafas dan jantung menjadi berdebar debar kerana kepenatan. Ini bermakna stimulasi fizikal  turut  memberi impak yang sama seperti stimulasi emosi.

Apabila seseorang kesedihan atau kerisauan, otak mengeluarkan bahan kimia tertentu yang turut mempengaruhi jantung. Hal-hal sedemikianlah yang  menjadi punca gangguan kepada fungsi jantung kita. Lain lain faktor yang mempengaruhi kesihatan jantung ialah kandungan hormone dalam darah kita. Kalenjar hormone bagaikan sebuah kilang yang bekerja keras mengeluarkan hormone bagi kegunaan tubuh kita. Kalenjar ini begitu sensitif dan mudah terganggu dengan kehadiran agen-agen perosak seperti gas ,karbon,ubat serangga, ubat-ubatan moden yang tertentu dan makanan tertentu. Kerosakan yang berlaku dengan perlahan lahan sukar di kenal pasti di peringkat awal kerana tubuh kita akan mengadaptasi. Apabila kerosakan serius barulah kesan seperti panas baran, mudah merajuk, sensitive, buncit pada perut serta serangan jantung  mula menyerang. Faktor ketiga yang mungkin menjadi punca masalah ialah faktor genetik atau DNA seseorang. DNA merupakan maklumat genetik yang di turunkan oleh keluarga. Dna merupakan kod yang di baca oleh sel, apabila DNA memberi arahan agar jantung merosot, maka enzim-enzim yang mencetus kerosakan mula di hasilkan. Kejadian DNA seseorang mengeluarkan arahan bagi merosakkan tubuh sendiri boleh berlaku sekiranya terdapat faktor persekitaran yang menyokong perkara tersebut, contoh nya apabila seseorang mempunyai DNA yang tidak baik bagi pembuangan karbon dioksida. Apabila beliau bersenam terlalu banyak tubuh akan menyimpan karbon dioksida yang tingggi. Peningkatan karbon dioksida akan menjejaskan fungsi sel seperti jantung. Oleh itu bagi individu tertentu, kegiatan senaman adalah penyebab sakit jantung. Jalan terbaik bagi kita ialah menjalani pemeriksaan DNA.

Untuk maklumat lebih lanjut,sila hubungi kami ddi talian…
SMS MARISSA (jarak) INFO to 32828

Semenyih (HQ) : 03-8723 4808 / 013-244 8484
Shah Alam : 019-396 3678 / 03-5524 5697
Bangi : 03-8928 9334/ 014-643 7996
Nilai : 012-358 5949
Melaka : 06-317 0412 / 013-338 6698
Kuantan : 017-358 1619 / 09-517 3561
WHATSAPP : 012-608 0159
WEBSITE : marissa-esthetic.com
FACEBOOK : Marissa Aesthetic
PM us directly for your beauty and health information >>
www.facebook.com/messages/MarissaAestheticHQ

Comments are closed