SAHABAT BAIK WANITA

Khairiyah merasa risau dengan keadaan dirinya. Sejak akhir-akhir ini, dia berasa tidak sedap badan. Tenaganya kadang-kala hilang menyebabkan dia sering kelelahan. Sebagai seorang guru yang berusia 38 tahun, Khairiyah sedar dia tidak lagi muda. Usia ini dikatakan usia pertengahan, mungkin juga kesan usia mempengaruhi tenaganya, detik hati khairiyah.

Sementelah pula berat badannya semakin hari semakin meningkat menjadikan dia berasa berat dan sukar untuk bersukan. Khairiyah ialah seorang yang aktif dan gemar melakukan aktiviti sukan dan riadah. Sejak dari bangku sekolah lagi, namun kini dia berasa malas dan bosan untuk memulakan semula berjogging dan bersenam.

Bila Khairiyah menatap cermin dia mula merasakan dirinya tidak lagi secantik dahulu. Suami Khairiyah memberi sepenuh galakan dan dorongan untik isterinya kembali aktif. Fadli merasakan mungkin kesan mengandung dan melahirkan tiga orang anak melalui pembedahan caesarian menyebabkan isterinya menjadi gemuk dan nampak tua. Dia menggalakkan Khairiyah menyertai gym dan mulakan langkah untuk mengubah kedaan dirinya.

Yang menghairankan Khairiyah, selepas cuba bersungguh-sungguh berdiet dan menguruskan badan namun dia masih juga gagal. Bentuk tubuhnya semakin montel dan bulat. Tenaganya juga semakin merosot. Kadangkala dia terjaga dari tidur kerana merasa jantungnya berdengup sangat laju. Tenaganya juga mudah merosot dan moodnya sering berubah membuatkan dia sering merasa tertekan.

Apabila membuat pemeriksaan terhadap Khairiyah saya mendapati dia mengidap masalah metabolic yang serius. Masalah metabolic ialah masalah kekurangan hormone, enzim dan mineral dalam tubuh. Saya mengesyorkan rawatan pemulihan hormone dan enzim dan memberi suplemen selenium yang membantu meningkatkan kadar metabolism tubuh seseorang.

Selenium adalah nutrien penting yang menawarkan fungsi antioksidan, yang membantu meningkatkan sistem imun. Berasaskan sumber di dalam tanah, tumbuh-tumbuhan menyerap dan ia tidak berkurangan apabila diproses. Ini adalah mineral penting dalam tubuh manusia kerana ia membantu kedua-dua sistem imun dan operasi tiroid kelenjar.

Kacang soya, gandum dan jagung adalah beberapa sumber terbaik selenomethionine. Ia berfungsi sebagai simpanan untuk selenium dalam tisu dan organ. Ia dianggap sebagai bentuk selenium, yang terbaik diserap dan digunakan. Selenium sangat penting untuk produksi enzim kuat yang disebut glutathione peroksidase, yang penting dalam detoksifikasi tubuh terhadap racun. Kekurangan selenium menyebabkan daya ketahanan yang lemah terhadap virus dan bakteria, dan mengurangi aktiviti-aktiviti T-sel dan penghasilan antibodi.

  • SELENIUM berfungsi sebagai
  • anti kanser
  • anti oksida

sesuai bagi masalah

  • metabolic rendah dan obesity
  • sukar mendapatkan zuriat
  • meningkatkan fungsi hormone wanita
  • memudakan organ peranakan wanita
  • meningkatkan fungsi thyroid
  • menjadikan mata tampak sihat
  • membentuk glutathione
  • membuang bahan metal toksik dalam darah
  • melawan kanser
  • membantu antibodi meningkat bagi melawan penyakit
  • kesihatan mental yang baik

sesuai bagi

  • mereka yang mudah murung tertekan dan sukar bergaul dengan masyarakat
  • rambut yang nipis dan gugur
  • keletihan melampau
  • mudah demam
  • sejarah keluarga dengan kanser
  • asthma
  • mudah terkena alahan
  • darah tinggi

 

Comments are closed