MASALAH RAMBUT

Elak rambut gugur sampai botak

SAYA kagum pertama kali bertemu Puan Rosnah. Wajahnya ayu dan tutur katanya begitu sopan sekali. Beliau datang dari Kuala Selangor.Semasa pertemuan itu, Puan rosnah meluahkan rasa risau tentang rambutnya yang gugur.

‘‘Gugur bukan sedikit doktor, malahan saya mula menjadi botak,’’ katanya sambil moodnya yang riang bertukar sayu apabila berbicara tentang masalah yang dihadapinya itu.

Apabila membuat pemeriksaan saya dapati masalah yang Puan Rosnah amat serius. Kesan rambut gugur amat ketara dengan kawasan botak yang berselang seli dengan tompokan rambut. Menurutnya, setiap hari pasti ada saja rambut yang gugur dan beliau terpaksa berhenti menyikat rambut kerana khuatir akan menyebabkan rambut semakin gugur.

Saya memberitahu masalah itu disebabkan sel-sel rambut yang tidak dapat hidup pada kulit kepalanya. Sel-sel yang baru tumbuh cepat mati kerana itu rambut tidak bertahan dan memanjang.Rambut adalah kutikel hidup yang perlu nutrisi daripada darah kita. saya membuat analisis rambut dan kuku Puan Rosnah. Jelas kelihatan tanda-tanda kekurangan nutrisi.

Rambut yang kurang nutrisi akan kasar tebal dan kelihatan rapuh.

puan rosnah berasa hairan kerana beliau raji  mengamalkan vitamin dan supplement.dia mahu tahu mengapa dia masih kurang nutrisi.

Di dalam tubuh kita terdapat enzim dan hormon yang penting bagi meningkatkan metabolik tubuh. jika badan tidak cukup hormon dan enzim maka Segala vitamin yang dimakan akan sia-sia kerana ia akan keluar semula sebagai bahan buangan.

‘‘Maksud doktor saya tidak cukup hormon, jadi vitamin yang saya amalkan itu menjadi sia-sia saja?’’ tanya Puan Rosnah.

Saya membuat ujian darah bagi melihat hormon dalam badan Puan Rosnah dan menyuruh beliau menjawab beberapa soalan soal selidik hormone . Hasil daripada keputusan itu saya dapat tahu  apakah yang sebenarnya menjadi masalah sehingga rambutnya enggan tumbuh.

Saya mengesyorkan rawatan LLLt laser yang berkesan menumbuhkan rambut  beserta pemulihan hormon.Laser LLLt membolehkan salur-salur darah kecil yang layu dan mati menjadi lebih segar dan hidup kembali. rambut  adalah mahkota kita. Tidak kira lelaki atau perempuan rambut merupakan suatu anugerah berharga yang penting. Rambut membuat wajah seseorang menjadi lebih berseri. Justeru rambut gugur, nipis atau botak menjadi satu masalah yang sangat merisaukan. Dewasa ini keadaan cuaca panas dan pemakanan merosakkan struktur hormon dan enzim dalam tubuh menjadikan rambut kita gugur dan kusam.Baik lelaki atau wanita inginkan rambut yang cantik supaya kelihatan hebat dan berseri. Saya dapati masalah rambut di kalangan lelaki tidak kurang hebatnya dengan masalah rambut bagi wanita. Rata-rata lelaki mengalami masalah ini apabila berusia 30-an. Faktor hormon yang merosot memainkan peranan penting dalam permasalahan ini.

Hormon yang mustahak dalam pembentukan rambut adalah testosterone, progesterone dan tiroid .Apabila kekurangan hormon tersebut maka tubuh akan menjadi lesu dan kurang bermaya.

* Hormon yang mempengaruhi rambut wanita

Penurunan hormon progesterone dan penukaran esrtadiol yang banyak kepada testosterone mempengaruhi kadar pertumbuhan rambut wanita. Selain itu masalah kekurangan hormon tiroid membuatkan rambut tidak dapat tumbuh dengan baik.

* Hormon yang mempengaruhi rambut lelaki

Hormon yang mempengaruhi rambut lelaki adalah kesan penukaran testosterone kepada hormon-hormon lain akibat aromatization. Aromatization terjadi kerana kesan toksik dalam badan seseorang.enzim aromatase yang aktif merosakkan hormone menjadikan paras hormone menurun.

* Ujian darah pengesanan hormon

Bagi membolehkan analisis yang lebih tepat adalah baik jika ujian pemeriksaan darah dibuat. Ujian darah dilakukan bagi melihat jumlah hormon dalam badan dan adakah berlaku gangguan pada hormon-hormon tersebut. Selepas ujian para pelanggan diberi rawatan yang betul untuk stimulasi rambut.

* Pemakanan yang betul bagi nutrisi rambut

Bagi mendapatkan nutrisi rambut yang baik amalkan makanan yang rendah karbohidrat dan berprotein tinggi. Selain itu makanan yang merosakkan hormon seperti ubat mengandungi beta bloker harus dihentikan.

* Laser LLLt bagi rambut

Ia sejenis diod laser yang memancarkan cahaya laser dengan jarak gelombang yang amat pendek iaitu 625 nanometer sahaja. Oleh itu ia selamat digunakan pada bila-bila masa. Apabila laser diputarkan ke seluruh kulit kepala (bagi mendapatkan laluan yang serata) ia akan meningkatkan penumbuhan mikro kapilari yang menghidupkan rambut. Apabila ini berlaku maka rambut akan mendapat nutrisi dan akan mula tumbuh perlahan-lahan.

Comments are closed