MASALAH KULIT WAJAH ROSAK

 Pertemuan pertama antara saya dan Puan Chua berlaku semasa saya di jemput oleh sekumpulan ahli kelab perniagaan bagi sessi ceramah kesihatan.Apabila mengadakan ceramah bagi wanita saya tidak pernah lupa menyelitkan teknik teknik terbaru bagi menjaga kecantikan dan meningkatkan ketampilan diri seseorang.

Di antara ramai peserta yang hadir Puan Chua seorang sahaja sahaja yang kurang bertanya sewaktu sessi soal jawab.Bila saya merapati beliau   dia hanya tunduk dan diam seribu bahasa..Saya merapati Puan Chua kerana kulit wanita ini mempunyai kesan tompokan hitam yang agak serius sehingga mencacatkan kecantikan wajahnya.Saya ingin menyampaikan kepada beliau bahawa kulit yang sebegini boleh di rawat.Namun oleh kerana beliau tidak bertanya apa apa saya mengandaikan beliau tidak berminat bagi meningkatkan penampilan dirinya.Jika seseorang wanita tidak mahu cantik bagi saya jiwa wanita nya sudah lemah.Naluri semulajadi seorang wanita ingin tampil cantik dan menarik.Sebagai seorang ahli perniagaan wanita yang Berjaya seseorang juga perlu lah meningkatkan penampilan diri .Penampilan diri yang cantik meyakin kan pelanggan dan turut menjadikan kita lebih berkeyakinan diri juga.

Tanpa di sangka sangka, beberapa minggu selepas itu saya bertemu semula dengan beliau.Dia datang ke klinik saya sebagai pesakit pula.Meskipun kurang fasih berbahasa melayu beliau sedaya upaya cuba berkomunikasi dengan saya.Kali ini dalam suasana yang berbeza.Beliau tampak resah dan tertekan sekali.Lalu beliau menceritakan kepada saya kisah bagaimana kulitnya boleh menjadi begitu rupa.

 Sepuluh tahun yang lalu Puan chun telah berkunjung ke sebuah pusat kecantikan yang di kendalikan oleh seorang wanita berasal dari china.Wanita dari  China itu memasuki Malaysia dengan menggunakan pas pelancong namun telah membuka pusat kecantikan secara haram.Menurut Puan Chua pada waktu itu kulit nya tidak bermasalah.Wajah nya putih dan bersih .Dia berkunjung ke situ dengan rakan rakan hanya untuk melihat lihat saja jenis rawatan yang di buat di situ.Apabila di pujuk oleh rakan rakan nya untuk mencuba rawatan di situ barulah beliau bersetuju.Ramai di antara kawan kawan melakukan rawatan di situ.Ini lah yang mempengaruhi hatinya untuk turut mencuba

Rawatan yang di buat ialah sejenis pengelupasan kimia.Wanita dari China tersebut menyapukan sejenis ubat ke wajah nya dan hasilnya kulitnya menjadi kering dan sakit seperti terbakar.Dia bertanya kenapa kulitnya terasa sakit sekali namun wanita tersebut meyakinkannya selepas beberapa hari kulitnya akan menjadi lebih cantik.Dia kemudiannya di berikan ubat sapu ,losyen dan pil vitamin untuk di makan.

Kejadian itu menjadi tragedy baginya kerana kulit cantik yang di harapkan tidak kesampaian.Sebaliknya kulit beliau menjadi Kehitaman dan hari demi hari keadaan semakin teruk.Beliau cuba memulihkan kulit dengan bertemu pakar2 kecantikan namun menurut mereka kulit nya telah rosak sama sekali dan tidak dapat di baiki lagi.Sebenarnya terdapat banyak perawat yang tidak bertauliah di Negara ini yang membuat rawatan sesuka hati sahaja menggunakan bahan kimia yang merbahaya .

Selain Puan Chua saya telah bertemu dengan ramai pesakit yang datang bagi memulihkan wajah setelah mendapat rawatan  dari pakar pakar yang tidak bertauliah ini.Kesemuanya mendapat kerosakan dan Alhamdulillah saya telah memulihkan semula dengan baik.

Apa yang menyedihkannya ialah suaminya sendiri berasa malu untuyk membawanya bersama ke mana mana majlis kerana kulitnya terlalu hitam dan tidak dapat di sembunyikan walaupun  dengan menggunakan mekap.Hal ini menyebabkan hubungan nya dengan suaminya telah menjadi renggang.Setelah sepuluh tahun berlalu beliau berubah menjadi seorang yang anti social dan pendiam.

Menurutnya sahabatnya telah memaksa dia menghadiri majlis di dewan perniagaan itu untuk mendengar ceramah saya.Selepas mendengar hatinya terbuka untuk menjalani rawatan.Stelah membuat analisa kulitnya saya mendapati masalahnya ialah long standing PIH (post inflammamatory hyperpigmentation).

Apabila kulit Puan Chua di sapukan dengan bahan kimia sepuluh tahun lalu telah berlaku satu keradangan pada kulitnya.Ini menbuatkan kulitnya melecur dan menjadi kehitam hitaman.Saya sangat kasihan melihat wajah beliau yang mengalami pigmentasi seluruh muka akibat kesan samping rawatan chemical peel 10 tahun lalu di salah sebuah salon kecantikan. Akibat dari kesan samping “chemical Peeling” yang di buat oleh orang yang tidak bertauliah atau tiada pengalaman , beliau telah menderita selama 10 tahun akibat kesan terbakar di seluruh muka nya. Pada mulanya beliau tidak percaya yang saya boleh membantu masalah beliau kerana dia sudah penat dan kecewa menaruh harapan kepada rawatan kecantikan kerana pada nya hanya membazir wang dan masa .  Saya memahami perasaan beliau , tetapi saya jelaskan bahawa masalah beliau boleh di rawat kerana teknologi laser sekarang sangat berkesan dan di lakukan oleh seorang doktor yang bertauliah.

 Post Inflammatory Hyperpigmentation boleh  berlaku  kerana kesan sampingan  radang pada kulit seperti bekas jerawat , kecederaan seperti luka atau terbakar , pengunaan bahan kosmetik yang salah dan sebagai nya. Dalam kes Madam Chua, kecederaan kulit di sebab kan pengunaan chemical peeling yang salah.  Oleh kerana chemical peeling di lakukan ke seluruh wajah muka , maka kesan “terbakar” yang di alami oleh madam chua adalahpada keseluruhan muka.Sekali pandang saling tak tumpah seperti Dayang Senandung dalam filem Seniman P Ramlee.Bukan sahaja wajah nya jadi gelap dan lebam , tetapi teksture kulit muka nya kasar dan pori pori muka nya luas.

Saya mencadangkan rawatan menggunakan laser dan dia telah bersetuju dengan cadangan itu.Saya memberitahunya

 Rawatan menggunakan laser mestilah di buat antara 6 sehingga sepuluh kali untuk mendapat hasil yang memuaskan.Saya juga mencadangkan rawatan PRP (platlet rich plasma).Unik nya rawatan ini kita menggunakan sel sel dalam darah pesakit itu sendiri.. Saya mensaran kan agar beliau melakukan rawatan setiap minggu , tetapi beliau hanya mampu menjalani rawatan sebulan sekali  . Selepas rawatan pertama Puan Chua berkata dia akan dating lagi jika terdapat perubahan pada kulitnya.Nampaknya dia belum benar benar yakin dengan saya lagi.Pada bulan berikutnya, datang untuk rawatan kedua ,Saya berasa gembira apabila pembantu saya yang jelita Cik Ayu memberitahu kehadirannya kepada saya. beliau kelihatan sedikit ceria kerana pigmentasi beliau sudah mula pudar dan ada beberapa kawan beliau sudah menegur .

Ternyatab Beliau sangat berpuas hati dan ingin menerus kan rawatan. Maka hubungan antara kami terjalin dengan lebih erat .Menurut Puan Chua hubungan beliau dengan suaminya telah menjadi sangat hambar sekali.Saya memberitahunya agar jangan menyalahkan pihak suamnya semata mata.Mungkin juga Puan chua sendiri yang pemurung dan perasa dan ini menjadi puca pertengkaran dengan suaminya.Saya menyuruhnuya sentiasa positif dan mengambil berat mengenai penampilan dirinya.Bila hatinya kembali riang dan tenang saya yakin hubungan mereka akan pulih senula.

Minggu lepas adalah rawatan beliau yang ke 3 . Saya menjangkakan beliau akan dating semula sebulan dari sekarang Tetapi minggu ini beliau muncul di klinik , kehadiran beliau memberi kan saya seribu satu pertanyaan yang berlegar didalam pemikiran .Selepas beberapa minit saya menjemput dia masuk. Keadaan kulit muka nya tampak banyak perubahan. Walau pun baru 3 kali rawatan , tetapi sudah ada banyak perubahan.

“Apakhabar Madam Chua , ada apa apa yang boleh saya bantu ?” tegur saya. “ sebenar nya begini doktor , 2 hari lepas saya di lawati oleh bekas suami saya, dia terkejut melihat perubahan pada wajah saya , lalu beliau mengajak saya berjalan Jalan minggu depan !” kata nya dengan penuh gembira. Saya agak keliru , namun begitu , memandang kan beliau sesuai untuk menjalani procedure maka saya pun menjalankan rawatan menghilang kan pigmentasi menggunakan laser sekali lagi.

Sambil merawat Madam Chua , beliau bercerita.masalah rumah tangga nya yang rumit. Semenjak mengalami masalah pigmentasi pada muka nya , beliau berasa sangat tertekan , tidak mahu keluar rumah dan suka menyendiri. Ini juga telah menyebab kan beliau berpisah dengan bekas suami nya .Beliau memilih untuk berpisah kerana merasa rendah diri .Saya terkejut mendengar berita ini.

 Namun begitu suami nya seorang yang baik dan selalu datang melawat beliau sambil memberi wang nafkah. Sebab itu lah beliau hanya mampu menjalani rawatan 1 bulan sekali. Bekas suami nya  cuba berbaik semula dan selalu mengajak beliau berjalan Jalan , tetapi akibat kesan pigmentasi pada muka nya , beliau berasa sangat malu dan memilih untuk duduk di rumah sahaja . Tetapi kini selepas 3 rawatan , keadaan beliau sudah jauh lebih baik , tidak terdapat kesan tompok tompok yang ketara di muka nya , dan hanya kelihatan seperti terkena sedikit sunburn. Beliau paham bahawa untuk mendapat kesan yang cantik , beliau perlu menjalani dalam 6 sehingga10 kali rawatan. Dan semasa dalam rawatan beliau harus menggunakan sunblok yang bagus dan menghindari Sinaran matahari.Beliau menjelas kan pada saya bahawa beliau sangat gembira kerana tidak perlu risau dengan orang memandang muka beliau apabila dia keluar kebandar. Dia menambah lagi bahawa selain dari pigmentasi nya yang semakin pudar , bekas suami nya memuji kulit nya semakin halus dan tegang , malah dia kelihatan lebih muda.

Saya tidak menyangka bahawa keperihatinan saya terhadap masalah kulit beliau sebenar nya telah mengubah hidup dan masa depan beliau. Namun begitu saya mengingatkan beliau berkali kali untuk menghindari Sinaran matahari ketika berjalan Jalan dengan memakai sunblok dan payung .

Comments are closed