MASALAH HORMON WANITA

Kak Nafisah yang berusia 55 tahun datang dari Muar semata-mata mahu berjumpa saya. Menurut beliau sejak usianya meningkat, dia mula mengalami gejala yang aneh. Dengan tidak semena-mena sikap beliau yang periang bertukar menjadi murung. Hatinya sering merasa sepi dan resah. Dia berasa bagaikan ada saja yang tidak kena, padahal semuanya baik-baik saja. Apabila tekanan perasaan bersarang di hatinya, beliau suka bersendirian, duduk seorang diri dan mengelak untuk bertemu dengan sesiapa pun. Minatnya terhadap masakan juga turut padam. Dulu, beliau gemar mengikuti kelas masakan bersama kawan-kawannya namun kini setiap ajakan di tolak dengan baik. Apabila berada dalam kalangan orang ramai beliau berasa kurang selesa. Inilah sebabnya beliau menolak untuk bertemu sesiapa pun.

Suaminya, Encik Khalid merupakan seorang lelaki yang sangat memahami. Puas dia membawa isterinya bertemu doktor di sana-sini. Pada hari ini, Encik Khalid membawa isterinya jauh ke Semenyih  untuk berjumpa saya. Setelah mendengar kisahnya, saya mendapati gejala ini adalah di sebabkan oleh menopause. Pada usia 55 tahun, seorang wanita itu sebenarnya sedang berada di ambang menopause.

Penuaan merupakan masalah kesihatan utama bagi wanita berumur 40-an. Ia sering dikaitkan dengan menopause. Masalah menopause, biasanya melanda wanita peringkat umur 50-an. Jika mereka hidup sehingga umur 80 tahun, golongan ini ada 30 tahun untuk menempuh hidup ini. Selain gejala menopause, wanita terbabit juga akan mengalami masalah lain. Antaranya ialah osteoporosis (tulang rapuh), berat badan meningkat, kulit kering, berkedut dan gatal-gatal, rambut juga mudah gugur, kerap letih, mengantuk, pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan, sukar mengawal pundi kencing, misalnya selalu terkencing ketika batuk,dan juga mengalami masalah perubatan seperti diabetes mellitus (kencing manis), hipertensi (darah tinggi), hiperkolesterol dan risiko kanser termasuk kanser payu dara, kolorektal (usus), rahim dan juga kilang telur (ovari).

Bagi menempuh tempoh masa ini, pelbagai persediaan perlu dilakukan. Simptom yang akan mengubah wanita 40-an ketika mengalami proses penuaan antaranya ialah cepat letih, mudah terasa mengah, tidur tidak lena, asyik terasa mengantuk dan mudah tertidur. Bagi yang menopause pula, mereka akan sentiasa berasa hangat kemerahan (hot flushes), paling ketara dari segi psikiatri iaitu tekanan perasaan dan mudah berasa tersisih. Ini berlaku kerana hormon wanita menurun dan menyebabkan mood terganggu. Golongan ini turut berisiko tinggi mengalami osteoporosis. Ketika usia semakin meningkat, tulang-tulang sendi mula rasa sakit khususnya tulang belakang.

Tidak semua wanita akan menghadapinya, tetapi kemungkinan itu ada. Namun bagi wanita, ini bukan penamat kehidupan kerana masih ada rawatan untuk mengatasi masalah ini. Yang penting, masing-masing mengambil inisiatif menjalani ujian saringan seperti ujian darah bagi mengetahui paras glukosa dan juga kolesterol, ujian mamogram, pap smear, ujian imbasan ultrabunyi pada bahagian pelvis dan juga ujian densitometri tulang. Ujian saringan ini penting untuk dilakukan, sekurang-kurangnya sekali dalam dua tahun. Misalnya, kanser tidak mengira umur dan pemeriksaan awal perlu dilakukan untuk pencegahan awal.

Suplemen adalah salah satu cara dalam membuat persediaan mengawal penyakit, setiap wanita perlu mengawal cara hidup mereka dengan bijak. Selain menjaga kesihatan dengan pengambilan vitamin serta suplemen, golongan ini perlu mengambil diet yang elok. Misalnya, bagi wanita yang mengalami menopause, metabolisma badan akan menjadi rendah. Justeru, mereka disaran mengurangkan makan makanan yang kurang berkhasiat. Pilihlah makanan berkualiti, berprotein tinggi dan melebihkan sayur-sayuran serta buah-buahan. Selain itu, mereka juga perlu mengawal pengambilan glukosa dan karbohidrat.

Selaras gaya hidup sihat, setiap orang perlu melakukan senaman. Antara kelebihan senaman ialah  mengurangkan tekanan dan risiko obesiti. Ramai wanita tidak tahu masalah kitaran haid dipengaruhi oleh masalah obesiti. Oleh itu, pengawalan berat badan amatlah perlu. Selain itu, senaman juga dapat mengimbangkan dan menguatkan otot. Namun, senaman yang dilakukan perlulah mengikut kemampuan peringkat umur. Bagi mereka yang tidak larat, tidak perlu melakukan aktiviti yang terlalu ekstrem seperti berlari. Cukup sekadar memperbanyakkan berjalan seperti waktu pagi sekurang-kurangnya hingga berpeluh.

Berfikiran positif juga mampu membantu wanita dalam meningkatkan kesihatan mereka. Dengan berilmu pengetahuan dan berfikiran positif, wanita dapat menghadapi fasa menopause dengan keceriaan dan lebih berkualiti. Oleh itu, saya menyarankan untuk wanita membaca buku yang berjudul Menopaus: Menghadapinya Tanpa Kepiluan, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa & Pustaka pada 2010. Buku itu mengandungi maklumat yang diperlukan oleh wanita bagi meyiapkan diri masing-masing bagi menjalani kehidupan semasa dan selepas menopause. Ia memuatkan semua maklumat yang perlu diketahui serta maklum balas daripada pengamal perubatan berkenaan isu yang dianggap peribadi ini. Di samping itu, terdapat keterangan tentang gejala yang dialami oleh wanita yang menghampiri fasa menopaus, serta bagaimana rawatan yang boleh diambil bagi melegakan golongan wanita yang memerlukan bantuan ini. Sesungguhnya menopause bukan titik pengakhiran untuk sebuah kehidupan. Hadirnya menopause melambangkan permulaan hidup baru yang hakiki untuk setiap wanita.

PROGESTERONE

HORMON UNTUK WANITA

Fungsi Hormon Progesteron
1. Siklus haid
– Mengatur siklus menstruasi bersama dengan hormon estrogen dengan melalui feedback mekanisme terhadap FSH dan LH. Sekresi secara bergantian hormon-hormon ini menentukan siklus menstruasi.
– Mempertebal dinding endometrium untuk persiapan proses implantasi jika terjadi fertilisasi antara ovum dan sperma.
2. Masa kehamilan
– Ketersediaan progesteron dalam jumlah yang cukup pada masa awal kehamilan sangat penting peranannya, terutama dalam menghambat kontaraksi uterus. Hal ini dibutuhkan sehubungan dengan usaha untuk mempertahankan janin muda yang baru berimplantasi di uterus gar tidak terjadi kelahiran premature atau keguguran.
– Menurunkan gairah seksual selama kehamilan trimester I. Fungsi ini dibutuhkan untuk mempertahankan kondisi janin karena keadaan janin yang masih rentan terhadap benturan.
– Membantu mempersiapkan payudara untuk proses laktasi.
– Meningkatkan suhu tubuh dan respitasi rate, sebagai bentuk penyesuaian terhadap masa awal kehamilan.
– Mengentalkan secret vagina, sebagai proteksi tambahan terhadap kemungkinan infeksi.
– Membantu proses penyembuhan
Progesteron mampu membantu proses penyembuhan terutama pada penderita Multiple Sclerosis. Progesteron bekerja dengan mengatur fungsi kolagen saraf dan serabut myelin.
– Mampu menurunkan resiko terjadinya kanker rahin dan payudara.
Saat masa laktasi, kadar hormon progesteron dalam tubuh meningkat, oleh karena itu wanita yang menyusui selama paling sedikit 6 bulan berturut–turut serta wanita yang telah hamil beberapa kali, akan mengurangi resiko terkena kanker payudara. Sedangkan pada rahim, progesteron bekerja mencegah terjadinya kanker rahim dengan mengatur efek paparan esterogen dalam rahim

 

 

Comments are closed