HORMON DAN PERSONALITI

rushmini dr

Dr Rushmini Maris Ismail

 

Bagaimana hormon mempengaruhi tubuh badan dan personaliti?

Di dalam system tubuh terdapat  kalenjar hormone yang pelbagai  bagi mengaturcara kehidupan kita. Hormon yang paling tinggi  yang paling  mengawal  tubuh kitia di namakan hormone dominan.kita boleh membahagikan manusia kepada 5 kumpulan bergantung kepada  jenis hormone dominan masing masing .pengkelasan begini  membolehkan kita kenal diri kita dengan lebih baik dan memahami mengapa kita cenderung kepada sesuatu makanan  kegemaran atau tabiat tertentu.Ia juga membantu kita lebih memahami dan bertolak ansur dengan orang lain.  Saya menamakan pengkelasan ini sebagai  plato

 

PLATO

kumpulan P merupakan mereka yang mempunyai kalenjar pituitary yang aktif.

mereka mudah di kesan kerana mempunyai  bentuk kepala yang agak besar berbanding orang lain.Mereka mempunyai soket mata bulat oleh itu mereka kelihatan awet muda,bentuk tubuh mereka pula sering mempunyai rangka kaki yang panjang dan rangka tubuh yang pendek.Mereka tampak seperti kanak kanak riang .sifat utama kumpulan ini ialah gemar berangan angan dan berfantasi.Mereka mudah di dekati namun sukar di fahami berikut sifat mereka yang sering berkhayal di alami ciptaan sendiri.Mereka berhati baik dan mudah  untuk meminta tolong,Justeru itu mereka ini merupakan pekerja yang mudah mengikut arahan,makanan kegemaran mereka  biasanya yang berempah dan agak panas.mereka sukakan cita rasa yang lembut dan sederhana.

 

kumpulan l

Kumpulan L pula mmepunyai perut yang besar.Walaupun  tubuh tidak gemuk namun perut mereka buncit dan mengendur.Mereka mempunyai perawakan suka berjenaka.Mereka merupakan pendengar yang baik dan setia.Sebagai kawan. mereka boleh di percayai dan meriangkan.Kumpulan ini gemarkan makanan berlemak.Tidak hairanlah mereka mudah terkena  masalah berkaitan jantung  dan kolestrol.

Kumplan A

Kumpulan adrenal merupakan kumpulan yang paling ramai jumlah ahlinya .Mereka ini mempunyai bentuk tubuh yang berupa epal.Rangka tubuh bahagian atas agak berisi manakala rangka tubuh bahagian bawah tampak kecil.Bentuk muka mereka sering kali bulat .Kumpulan ini rajin bekerja .mereka juga bersemangat dan sering berjaya dalam kerjaya.Namun mereka mudah stress dan mudah marah.Mereka juga tidak pandai mengawal rasa marah.Namun sifat setiakawan dan prihatin ada dalam jiwa mereka .Mereka sering berjaya menjadi bos dalam suatu organisasi.Oleh kerana mereka mengumpul lemak pada muka , leher dan badan atas, wajah mereka menjadi  tertlalu bulat dan penampilan adalah tidak menarik.hal ini sering membuatkan mereka gelisah dan menjadikan mereka kurang keyakinan diri.Makanan kegemaran mereka ialah karbohidrat dan juga makanan bergaram.maka mereka ini mudah terkena penyakit kencin g manis dan darah tinggi.

kumpulan T

Kumpulan t merupakan kumpulan yang agak besar.Mereka memounyai bentuk wajah yang bujur dan panjang.Mereka sering mempunyai rangka seimbang di mana bahagian tangan dan kaki kelihatan sama panjang kumpulan ini cenderong dalam aktiviti sukan marathon.minat mereka mendalam terhadap pelbagai jenis sukan kerana mereka tidak mudah merasa penat.makanan mereka sederhana, tidak berapa manis dan tidak berapa pedas.Mereka ini kadang kala cerewet dalam memilih makanan kegemaran mereka.Sikap mereka amat perasa namun mereka suka memendam rasa marah dan kecewa dalam hati.Mereka ini amat berahsia dan sangat berhati hati dalam memilih kawan.Penyalkit yang sering melanda mereka ialah penyalkit  jantung dan masalah salur darah.

Kumpulan o

 

Kumpulan yang terakhgir ialah kumpulan O merujuk kepada ovary wanita.Justeru itu biasanya ahli kumpoulan ini terdiri daripada wanita sahaja.wanita yang di maksudkan ini mempunyai lemak banyak berkumpul; di peha dan punggung.bentuk mereka ialah bentuk buah  pear. wanita jenis o ini bersifat sangat penyanyang.mereka memounyai ciri ciri keibuan yang tinggi.mereka sering kali bercakap tanpa memikirkan akibat nya.Oleh itu mereka sering di labelkan sebagai mulut celupar.Makanan kegemaran mereka ialah yang berbentuk cheese atau keju.Mereka gemarkan kek dan mentega dan kuih kuih  yang lembut dan berkerim.   Masalah kesihatan yang sering melanda mereka ialah masalah berkitan Rahim seperti fibroid dan masalah haid.

kebanyakan dari kita memopunyai jenis tubuh yang bercamour namun ciri ciri PLATO tetap tidak hilang.Contoh nya jika seseorang yang berpunggung lebar dan berperut besar  , kita boleh namakan dia jenis campuran  o dan l. oleh itu pada pendapat saya ciri l bukanlah dominan.Ia boleh wujud dalam mana mana kumpulan ataupun secara berasingan.

mengetahui jenis PLATO membolahkan kaedah saintifik penurunan berat badan di buat.ini ialah kerana setiap hormone memounyai tugas tersendiri dalam  proses penurunan berat badan.Ia juga  boleh di jadikan garis panduan bagi seseorang yang ingin meningkatkan kecantikan dan kesihatan.

Bagi kumpulan O contohnya . mereka tidak digalakkan mengambil bahan makanan mengandungi soya kerana kandungan hormone phytoestrogen dalam soya boleh  menambahklan berat badan mereka.Bagi  kumpulan o teknik senaman yang baik ialah jenis m,enhayuh basikal dan senaman bagi sendi.

Bagi kumpulan a pula mereka lebih sesuai mengamalkan sayuran lembut atau jenis non cruciferous.sayuran jenis ini akan membantu mereka mudah turunkan berat badan,Senaman yang sesuai adalah jenis yoga dan erobik. Di marissa estetik saya sering menekankan kepentingan  system plato  ini.Plato bolehlah di anggap sebagai kod tubuh  seseorang.

Melalui  pengkelasan kita boleh mengenalpasti apakah jenis senaman dan pemakanan yang perlu di patuhi bagi mendapatkan  kesihatan yang ideal.bagi tujuan penurunan berat badan juga kaedah pemakanan berdasarkan plato masing maisng akan membantu ,menurunkan berat badan dengan berkesan.

Comments are closed