Bengkel bersama Utusan Melayu

Bengkel Cantik, Ceria , Cergas Perkongsian ilmu Dr. Rushmini Maris Ismail

18 April 2015 8:17 PM

KUALA LUMPUR – Pakar Hormon dan Sakit Puan, Dr. Rushmini Maris Ismail yang juga pemilik Marissa Aesthetic Enterprise bersama akhbar Mingguan Malaysia menganjurkan sebuah bengkel kesihatan dan kecantikan bagi berkongsi ilmu mengenai hormon dalam tubuh manusia.

Bengkel sehari yang dihadiri kira-kira 70 peserta termasuk dari luar Lembah Klang di Dewan Besar Utusan Melayu di sini berjaya mencapai matlamat membangkitkan kesedaran para peserta agar memberi tumpuan seimbang terhadap kecantikan luaran dan dalaman.

Ketika bercakap di hadapan para peserta, anak kelahiran dari Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan ini berkata, hormon bukan sahaja menjadi masalah kepada golongan tua tetapi ia juga menjadi masalah kepada semua peringkat usia.

“Tua berpunca daripada sesuatu. Kita mahu kelihatan muda tetapi usia kita tua.

“Kita tidak pernah menolak ilmu supaya hidup kita tidak bergantung kepada orang lain.

“Maka itulah, kita ini perlu juga berikan perhatian terhadap aspek anti-penuaan kerana ia bukan sahaja untuk cantik tetapi ia juga dipengaruhi oleh hormon kita,” katanya.

Apa kata kita ikuti sahaja sekitar berlangsungnya Bengkel Cantik, Ceria, Cergas dan maklum balas daripada para peserta yang mengikuti bengkel tersebut. – UTUSAN ONLINE

– See more: CLICK HERE >>>> UTUSAN MALAYSIA

Comments are closed