Profil Speaker

 

 

PROFILE DR RUSHMINI MARIS

Dr. Rushmini Maris Ismail merupakan doktor yang berkelulusan dari Kolej Perubatan Kasturba, India (MBBS) pada tahun 1997. Beliau memulakan kerjayanya dengan berkhidmat di beberapa klinik-klinik dan hospital-hospital kerajaan dan swasta sebelum membuka kliniknya sendiri 15 tahun yang lalu.

Beliau memulakan dengan membuka klinik pesakit luar. Setiap hari beliau didatangi oleh pesakit-pesakit yang mempunyai pelbagai jenis penyakit. Beliau juga melihat ramai orang yang sudah berusia mempunyai penyakit yang kronik dan memerlukan bantuan orang lain untuk hidup. Dari situ, beliau mendapat ilham untuk mengkaji dengan lebih mendalam berkaitan penyakit penuaan.

Berasaskan minat yang mendalam di dalam bidang aesthetic dan perubatan anti-penuaan beliau menyambung pelajaran ke peringkat Masters dan berjaya mendapat Ijazah Master Anti-Aging & Regenerative Medicine di UCSI, KL. Beliau juga mendapat persijilan dari universiti dan pusat latihan di Germany, Bulgaria, Bangkok dan Singapura. Setelah tamat pengajian, beliau membuka sebuah pusat kecatikan dan anti-penuaan sendiri. Tujuan beliau adalah untuk memberi kesedaran kepada semua orang tentang kepentingan kesihatan dan kecantikan. Selain itu, ia juga untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang kepentingan hormon untuk tubuh badan yang sihat dan cergas.

Kerana keaktifan beliau dalam memperkenalkan rawatan anti-penuaan, Dr. Rushmini Maris sering dijemput untuk memberi ceramah kesihatan dan kecantikan di organisasi-organisasi kerajaan dan juga swasta antaranya Malaysia Airlines (MAS), Persatuan-Persatuan, dan juga Universiti-universiti tempatan. Selain itu, beliau juga sering dijemput sebagai penceramah tetap di Radio KL pada setiap hari Khamis, dan beberapa kali dijemput sebagai tetamu jemputan WHI di TV3, SOAL WANITA di TV Al-Hijrah dan FEMINA di TV1. Dr Rushmini juga sangat aktif dalam menjalankan bengkel-bengkel dan ceramah-ceramah kesihatan dan kecantikan di klinik. Beliau juga giat menulis artikel-artikel yang berkaitan kesihatan dan kecantikan. Selain menulis artikel, beliau juga terkenal dengan bukunya yang bertajuk “Catatan Kehamilan” yang di ulang cetak beberapa kali. Beliau berhasrat menjadi seorang penulis yang versatile dan bakal menerbitkan buku baru tidak lama lagi.

Antara pencapaian Dr Rushmini Maris

1)    Merupakan salah seorang pakar  aesthetic  dan anti penuaan di Malaysia

2)    Pengasas Marissa Aesthetic & Anti-Aging Centre & Poliklinik Penawar Semenyih sejak tahun 2007

3)    Pernah berkhidmat di hospital dalam department bius, accident and emergency, obstetric and gynekologi

4)    Pernah menyertai latihan aesthetic dan mendapat persijilan dari universiti dan pusat latihan di Germany, Bulgaria, Bangkok dan Singapura.

5)    Pernah menyertai “Medical Laser Training Course Programme” di Florence, Italy

6)    Pernah menyertai “30-hours Training Course in Serdeve Sutures in Aesthetic Surgery”.

7)    Pernah menyertai kursus “Insertion And Removeal Training”

8)    Pernah menghadiri “Kursus Doktor Kesihatan Pekerja (Modul II)”

9)    Pernah menjadi penceramah untuk “Bengkel Transformasi Wanita Muslimah” di Pusat Aktiviti Kawasan Rukun Tetangga Panji.

10) Pernah menjadi penceramah untuk bengkel kecantikan anjuran Persatuan-persatuan Koperasi Wanita (SOHO)

11) Pernah menjadi penceramah untuk program bersama PERKEP di Kota Bharu.

12) Pernah menjadi speaker untuk “Program Team Integration Pegawai dan Isteri Pegawai INTAN”

13) Pernah menjadi tetamu jemputan untuk “Rancangan Soal Wanita” di TV Al-Hijrah

14) Pernah menjadi tetamu jemputan untuk “Rancangan Wanita Hari Ini” di TV3

15) Pernah menjadi tetamu jemputan untuk “Rancangan FEMINA” di TV1.

16) Pernah menjadi tetamu jemputan untuk “Rancangan Safiyya” di TV9

17) Menulis artikel-artikel kesihatan dan kecantikan untuk akhbar Utusan, Berita Harian, dan juga majalah Mingguan Wanita

18) Telah mengeluarkan buku yang bertajuk “Catatan Kehamilan”.

Kunjungi :

web site: www.drrushminimaris.com

www.marissa-esthetic.com

e-mail: drrushminimarisismail@gmail.com

 

 

Comments are closed